Penyanyi popular tampil mempertahankan diri sambil mendakwa dirinya didera mental dan emosi
LARA hidupnya tiada siapa yang tahu. Lima tahun hidup dianggap bagaikan dalam 'sangkar' atau mungkin bak 'neraka' cukup membuatkan Farawahida enggan menoleh ke belakang lagi. Siapa menduga, penyanyi berwajah manis itu menyimpan episod duka selama bergelar artis biarpun ada ketikanya dia kelihatan sering tersenyum pada peminatnya. Dirinya dan keluarga diperlakukan tak ubah seperti `sampah', malah lebih teruk, penyanyi ini mendakwa dia sering didera dari segi mental dan emosi. Dan untuk kembali menjalinkan kerjasama dengan pengurusnya yang juga komposer terkenal, Julfekar Ahmad Shah dan bernaung di bawah syarikat Millennium Art Sdn Bhd, ia bagaikan igauan ngeri buatnya dan keluarga. Kehidupannya tidak seperti artis lain, selain mendakwa dirinya dikongkong dan dikawal ketat, penyanyi kacukan Melayu-Pakistan mengakui, hidupnya tak ubah seperti pentas lakonan semata-mata. Hakikatnya, Farawahida tertekan dan menderita dengan `hidup yang indah khabar daripada rupa'
Tidak tahan maruah dirobek, imej dicarik, nama baik bagaikan dipijak-pijak, Farawahida enggan berdiam diri lagi. Selama empat bulan berdiam diri, penyanyi berusia 24 tahun itu cuba menahan sabar, tetapi cerita-cerita yang mengaibkan dan menjatuhkan maruahnya terus dijaja dan diperkatakan. Farawahida bangkit menceritakan episod duka yang melingkari hidupnya. Farawahida menegaskan, Julfekar bukanlah kekasihnya, malah hubungan mereka tidak lebih daripada pengurus dan artis. Dengan nada perlahan, Farawahida akui: "Saya tak pernah menyimpan sekelumit perasaan kasih pada Julfekar, malah saya hanya menganggapnya seperti abang dan menghormatinya sebagai pengurus. Saya tahu Julfekar menyimpan perasaan cinta pada saya, tetapi saya tidak sesekali mahu bercinta dengan suami orang. "Saya tak pernah berbohong malah saya bercakap perkara yang sama jika ada yang bertanya sejak dulu lagi. Julfekar hanya pengurus saya, bukan kekasih! Saya tak mampu lagi bekerjasama dengan Julfekar, bukan saya lupa jasa-jasanya menaikkan nama saya, tetapi saya tidak tahan dengan perbuatan dan cerita yang disebarkan. "Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Selama ini, hanya Tuhan saja yang tahu deraan yang dilakukan pada saya dan keluarga. Saya dan keluarga sering dimaki hamun dan diancam, malah hingga hari ini, saya terus diganggu. Sejak pulang ke kampung halaman di Taiping, Perak, saya tak pernah bercakap dengan Julfekar, cuma berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS). 'Dia makin hamun saya dan keluarga' "Bagaimanapun SMS yang diberikannya cukup menghiris perasaan, puas memaki hamun saya, ibu dan adik beradik saya pula menjadi mangsa. Saya tak mampu menahan sabar bila ibu saya dimaki dengan perkataan yang tidak sepatutnya. Bukan saya tak tahu cerita yang dijaja, malah apa yang diceritakan akan sampai kembali ke pengetahuan saya. Ramai yang tak percaya dan mahu mendapatkan kepastian cerita yang mereka dengar." Farawahida berkata, bukan dirinya berdegil atau keras kepala kerana tidak mahu berbincang dengan Julfekar, tetapi cukuplah derita yang ditanggung selama lima tahun. Sambil merenung jauh, Farawahida sebak mengatakan: "Saya cukup terseksa, saya dikongkong hinggakan mahu bertemu dan pulang ke kampung bersama keluarga juga sering dihalang. Boleh dihitung dengan jari berapa kali saya meluangkan masa bersama keluarga sejak bergelar penyanyi. Dakwa diri pernah dikasari Julfekar "Dia (Julfekar) bukan kekasih saya, malah jauh sekali suami saya tetapi dia cuba menentukan hidup saya. Ketika itu, saya hanya mampu bersabar kerana terikat dengan kontrak selama lima tahun. Kalau ikutkan hati, sudah lama saya angkat kaki tetapi saya tak mampu bertindak sebab sering diancam. "Saya terpaksa akur dengan arahannya, jika membantah, saya dikasari. Saya pernah dipukul dan dikasari depan ibu dan orang ramai. Dia juga mendera saya secara mental dan fizikal. Ibu dan kakak yang sering menemani saya juga menerima tempias kemarahannya. Bayangkan, mahu bersama keluarga pun boleh mengundang perbalahan besar, malah apa saja yang saya buat perlu mendapat kebenarannya, jika tidak, saya pasti dimaki hamun dan dikasari. "Paling saya tidak dapat terima apabila bersolat lama sedikitpun boleh mengundang kemarahannya. Saya kasihan melihat ibu dan kakak, mereka sering makan hati berulam jantung dengan perbuatan Julfekar. Nasiblah mereka sanggup terus menemani saya walaupun mata mereka sudah tidak larat memandang, hati mereka sentiasa berkata-kata. “Paling sedih saya akan bergaduh besar dengan dia jika adik beradik saya datang ke rumah. Dakwaannya saya menghabiskan masa bersama keluarga dan mengabaikan latihan nyanyian memang tidak boleh diterima akal. Takkan saya perlu berlatih setiap hari hingga tiada sekelumit masa untuk adik-adik? Kami sekeluarga terpaksa menahan sabar gara-gara termakan janji manis Julfekar dulu." 'Julfekar halau keluar dari rumah sewa' Akuinya, dia tekad melarikan diri selepas Julfekar menghalaunya dari rumah sewa yang dibayar syarikat di Setiawangsa, Kuala Lumpur. Mereka sudah berdepan dengan krisis teruk sejak November lagi. Secara jujur, Farawahida akui: "Tahun lalu, saya sudah mahu melarikan diri apabila kami bergaduh besar gara-gara saya menemani keluarga membeli-belah barang perkahwinan kakak saya. Dia beranggapan saya keluar dengan lelaki kerana saya tak mahu MMS siapa bersama saya ketika itu. Takkan saya nak MMS wajah bapa dan ibu saudara yang menaiki kereta dengan saya, apa pula kata mereka nanti. "Sebolehnya saya nak menutup penderitaan, saya tak mahu ahli keluarga lain tahu kegilaan Julfekar. Tentu mereka pelik kenapa Julfekar nak mengongkong hidup saya, sedangkan kami tiada hubungan. Julfekar mengancam saya, jadi saya takut nak balik ke rumah. Apabila mengetahui saya tak pulang, Julfekar mula berlembut memandangkan keesokannya saya perlu ke Indonesia untuk menjalani penggambaran klip video bersama Ari Wibowo. "Saya memberikan peluang padanya memandangkan penggambaran klip video itu sudah dirancang awal, tetapi kesabaran saya hanya bertahan sehingga Anugerah Juara Lagu ke-23, Februari lalu. Kami berperang lagi apabila saya mahu keluar makan dengan keluarga untuk meraikan kemenangan saya. Dia menghalau saya lagi dan mungkin inilah masanya saya mahu keluar dari kemelut hidup yang tidak berkesudahan." Farawahida nafi pernah ajak kahwin Farawahida juga menafikan pernah mendesak Julfekar berkahwin, malah sebaliknya Julfekar merancang berkahwin lari dengannya ke Indonesia. Dengan suara perlahan, Farawahida berkata: "Bodohlah saya kalau saya mengajak Julfekar berkahwin sedangkan semua tahu, Julfekar sudah beristeri dan mempunyai anak yang dah besar panjang. Dia mencanangkan sudah bercerai tetapi hakikatnya, ketika itu dia masih tinggal serumah dengan anak dan isterinya. Jujurnya, antara punca saya melarikan diri disebabkan Julfekar merancang berkahwin dengan saya. Jangan kata nak jadi isterinya, jadi kekasihnya pun saya tak sanggup! “Dalam SMS yang dihantar dan saya masih menyimpan SMS berkenaan, Julfekar memberitahu merancang mengadakan perkahwinan rahsia. Ketika itu, tak sampai seminggu lagi saya akan terbabit dengan persembahan penjelajahan sekitar Indonesia. Bimbang Julfekar merencanakan sesuatu, saya tekad lari. "Selepas melarikan diri, Julfekar pernah menghantar wakil untuk berbincang dengan saya dan keluarga di kampung tetapi bukanlah isu kontrak yang menjadi persoalannya sebaliknya menghantar wakil merisik saya. Untuk apa? Takkan keluarga nak menerimanya sedangkan mereka tahu saya cukup menderita, malah keluarga juga sering dicaci dan dimaki seluruh keturunan. Buat empat laporan polis "Saya bersyukur Tuhan sentiasa memberi saya petunjuk, malah saya tak putus-putus memanjatkan doa supaya Tuhan memberikan petunjuk dan menyelamatkan saya daripada kemelut ini. Alhamdullilah, biarpun saya perlu bertatih dari awal untuk memulakan kerjaya nyanyian sekali lagi, saya bahagia." Farawahida akui, dia juga mempunyai cukup bukti untuk mengheret Julfekar ke muka pengadilan, malah sehingga kini, dia sudah membuat empat laporan polis berhubung ancaman, gangguan dan ugutan. "Saya memang orang kampung tetapi tidaklah sebodoh yang disangkakan. Julfekar sering menganggap saya dan keluarga, orang kampung yang bodoh dan tidak tahu mengenai undang-undang. Apabila diugut, saya membuat laporan polis untuk mendapat perlindungan diri. Jika diikutkan, saya boleh mendakwa dan mengheretnya ke mahkamah, tahun lalu. Keluarga saya juga membuat laporan polis kerana kerap diganggu dan diugut dalam SMS. “Cacian, makian menjadi mainan mulutnya tetapi tidak buat keluarga saya. Saya juga kenal manusia bernama Julfekar, dia sanggup bersumpah atas nama Allah, asal dapat menyelamatkan dirinya," katanya yang tidak teragak-agak mengheret komposer itu ke muka pengadilan jika keadaan memaksa. Kontrak tamat Februari lalu Berhubung kontrak dengan syarikat Millennium Art Sdn Bhd milik Julfekar, Farawahida berkata, kontrak selama lima tahun sudah tamat pada Februari lalu. Bagaimanapun, dirinya tidak menerima sebarang notis pemberitahuan untuk melanjutkan kontrak selama setahun lagi. "Selepas tiga bulan menunggu salinan kontrak, akhirnya Julfekar menyerahkan salinan kontrak berkenaan melalui wakilnya. Selepas meneliti dan berbincang dengan peguam, kami mendapati kontrak itu sudah tamat pada Februari lalu. Mengikut undang-undang, jika ingin meneruskan `pilihan' selama setahun lagi memandangkan kontraknya lima campur satu, pihak syarikat perlu memberi notis pemberitahuan sebelum kontrak tamat, sedangkan saya tidak menerimanya sehingga saya menghantar notis pemberhentian. "Memandangkan saya tidak menerima notis pemberitahuan, jadi saya menganggap saya tidak lagi bernaung di bawah syarikat berkenaan. Saya nak tamatkan segala-gala kekusutan, saya nak tegaskan saya bukan lagi artis Millennium Art Sdn Bhd. Dulu saya tak berani bersuara disebabkan saya tidak tahu status dan kedudukan saya. Bagaimana saya nak berperang jika tiada senjata, begitu juga dengan keadaan saya ketika itu. “Selepas mendapatkan nasihat peguam, saya rasa saya tak perlu takut lagi. Saya nak buka lembaran baru dalam hidup. Bagaimanapun, jika Julfekar tidak berpuas hati, dia boleh berbincang dengan peguam saya," katanya mengakui kini sedang menjalinkan hubungan intim dengan seorang pakar perubatan. Info Farawahida Nama: Farawahida Razali Umur: 24 tahun Tarikh Lahir: 19 Mac 1985 Tempat Lahir: Taiping, Perak Zodiak: Pisces Pencapaian: Artis Baru Wanita Popular - Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 & Juara Etnik Kreatif AJL23 menerusi lagu Persoalan Cinta Album: Farawahida, Tanpamu, Semuanya Ada Di Sini & Farawahida 2009 Solekan & Dandanan: Zul Bastari (018-272 1711) & Azie (017-534 5073) Busana tajaan Crystal J Fashion House, Kompleks Pertama, Kuala Lumpur (017-601 5016) Lokasi: Peninsula Residence All Suite Hotel, Jalan Semantan, Bukit Damansara, Kuala Lumpur (603-2084 1515) Website: www.peninsula-residencekl.com Terima kasih kepada Penolong Pengurus Perhubungan Awam & Pemasaran, Zalifah Yasmin Ibrahim

No comments:
Post a Comment