Waktu Brunei

Sunday 1 November 2009

USTAZ ASRI PERGI TAKKAN KEMBALI LAGI



Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un....(Sesungguhnya kita ini adalah kepunyaan Allah dan sesungguhnya kita akan kembali pada-Nya jua...)



On the 13 August 2009 around 11 a.m. Ustaz Asri Ibrahim from the famed nasyid group Rabbani peacefully passed away to God’s Mercy at the Pantai Medical Centre, in Bangsar due to a heart attack. I pray may Allah bless him.

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung. Allahyarham adalah seorang penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.Kumpulan Rabbani telah kehilangan sebutir bintang yang di sayangi ramai peminatnya baik di seluruh Malaysia,Indonesia,Singapore mahupun di Brunei Darussalam. Lagu PERGI TAK KEMBALI hanyalah tinggal serpihan kenangan. Lagu yang didendangkan oleh ustaz Asri itu amat menyentuh perasaan Kita semua yang mendengarkannya.

Kami sebagai peminat di Negara Brunei Darussalam ingin mengucapkan takziah
Kepada isteri dan anak-anak dan keluarga beliau. Semoga Allah saja merahamati roh beliau di alam baqa….Amin....

Al-Fatihah buat arwah...


Mari sama-sama kita hayati lagu yang di bawakan Ustaz Asri yang banyak mengajar dan meningati kita tentang kematian.


PERGI TAK KEMBALI - Ustaz Asri (Rabbani)

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada…lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan takwa jadi bekalan
sejahtera bahagia pulang…ke sana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

PELAWAK PARAM MENINGGAL DUNIA.Dipetik dari Malaysia Kini.


Pelakon komedi veteran tanah air P Paramasivam atau lebih dikenali sebagai Param, 55, meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dari rumahnya di Taman Setia Gombak, Gombak, pagi tadi.Beliau mula mengalami sakit jantung sejak 15 tahun yang lepas dan sejak dari itu, keadaan pelawak yang fasih berbahasa Melayu itu, tidak stabil.Adik kembarnya Parameshvari berkata, Param kelihatan tenat pagi tadi dan menghembuskan nafas terakhir sebelum sempat tiba di hospital."Pukul 5 pagi tadi beliau sudah tenat. Melihat keadaannya kami segera membawanya ke hospital bagaimanapun belum sempat sampai di hospital beliau sudah tidak bernafas lagi," katanya ketika ditemui di rumah pelakon itu.Param mencipta nama bersama-sama dengan beberapa barisan pelakon lain seperti AR Badul, Wazata Zain, Datuk Yahya Sulong, allahyarham Yusni Jaafar dan allahyarham R Jaafar.Mendiang terkenal antara 1970-an dan awal 1980-an dan banyak berlakon filem Melayu dan drama televisyen waktu itu.Kali terakhir beliau muncul di layar perak ialah menerusi filem Penyamun Tarbus sekitar tahun 1980-an. Filem-filem lain yang turut dibintangi mendiang antaranya ialah Si Luncai, Si Badul dan Anak Tunggal.Menurut Parameshvari, Param adalah seorang abang yang bertanggungjawab dan sangat mengutamakan keluarga."Beliau abang yang baik, beliau sangat menyayangi keluarganya," kata Parameshvari sambil menitiskan air mata.Param, yang masih bujang, adalah anak lelaki tunggal daripada enam beradik.Mendiang berasal dari Negeri Sembilan dan memulakan karier lakonannya pada tahun 1976 sewaktu bekerja di Tampin."Beliau akan disemadikan Ahad ini di krematorium Hindu Cheras kerana menunggu tiga orang lagi kakak kami dari Paris dan London yang dijangka tiba selewat-lewatnya petang esok," kata Parameshvari. BERNAMA

Wednesday 7 October 2009

SENI MUZIK DAN LAGU




P.Ramlee menjadi terkenal bermula dari muzik. Muzik dan lagulah merupakan bidang awal yang diceburi P.Ramlee. Alam seni dalam hidup P.Ramlee tercetus melalui lagu dan muzik dan lagu dan muzik jugalah yang membawa beliau ke dunia perfileman.

P.Ramlee dibawa ke Studio Malay Film Productions di No 8, Jalan Ampas, Singapura oleh B S Rajhans pada bulan Ogos 1948 bukan untuk menjadi pelakon, tetapi diberi tawaran berkerja untuk berperanan sebagai penyanyi suara latar (playback singer) untuk filem-filem keluaran Shaw Brothers.

Azizah adalah antara lagu ciptaan terawal P.Ramlee disamping Mee Jawa dan Abang Dollah. Lagu Azizah merupakan 'Batu Loncatan' yang membawa tuah kepada beliau semasa lagu ini didendangkan dalam satu perayaan Pameran Hasil Pertanian (MAHA) di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada hari Sabtu 1 Jun 1948. Ada dua versi irama dan lirik untuk Lagu Azizah iaitu versi asal yang rancak dan dirakamkan ke piring hitam dengan senikata ciptaannya sendiri. Versi kedua berirama perlahan digubahnya semula untuk dimuatkan dalam filem pertama arahannya Penarik Beca dengan lirik yang ditulis oleh Jamil Sulong. Lagu versi ini tidak dirakamkan ke piring hitam.

Ragam irama lagu-lagu ciptaan P.Ramlee
adalah pelbagai termasuk Melayu Asli, langgam, joget, inang, zapin, masri, keroncong hinggalah kepada unsur-unsur pengaruh muzik barat seperti twist, rock-n-roll, samba, andante, bolero, march serta gubahan ala barat dalam dendangan kumpulan Pancasitaranya.

Keupayaan P.Ramlee mencipta dan mengubah lagu adalah kerana kemampuan beliau bermain beberapa alat muzik seperti ukelele, gitar, arkodian, piano dan biola. Manakala sebahagian besar daripada lirik-lirik lagunya adalah ditulis oleh sahabat-sahabat beliau sendiri iaitu S Sudarmaji, Jamil Sulong, H M Rohaizad, Ainol Jamil, A R Tompel,S Kadarisman, S HAssan Sahab, Yusnor Ef dan Sasterwan Negara Usman Awang.

Bagi lagu-lagu yang dinyanyikan sendiri oleh P.Ramlee secara solo ataupun berduet samada bersama Saloma, Normadiah, Rahmah Rahmat, Hashimah Yon, Rubiah, Lena, Momo Latif, Nona Asiah mahupun Salbiah banyak juga lagu-lagu yang dicipta oleh penggubah lain seperti Ahmad Jaafar, Zubir Said, Osman Ahmad, Yusoff B, Ahmad Nawab dan Kassim Masdor. Nama yang paling banyak tersenarai sebagai penulis lirik bagi lagu-lagu P.Ramlee ialah S Sudarmaji diikuti oleh Jamil Sulong. Namun ada juga rakan-rakan seperjuangan dengan P.Ramlee yang masih hidup seperti Aziz Sattar, S Shamsuddin, Rosnani Jamil, Kassim Masdor dan Yusnor Ef mengatakan bahawa sesetengah lirik ciptaan P.Ramlee sendiri terpaksa menggunakan nama orang lain sebagai penulis lirik agar pihak pengurusan yang merakamkan lagu-lagu ke piring hitam akan turut mengeluarkan bayaran kepada penulis lirik tersebut, bukan hanya memberi bayaran kepada pencipta lagunya sahaja.

KISAH HIDUP P.RAMLEE


P.Ramlee, nama sebenarnya Teuku Zakaria dilahirkan pada pagi Hari Raya Aidilfiri, Rabu, 1 Syawal ketika khatib sedang membaca khutbah hari raya di Masjid Counter Hall Pulau Pinang. Bapanya bernama Teuku Nyak Puteh bin Teuku Nyak Karim dan ibunya berasal dari Kampung Kubang Buaya, Butterworth, Pulau Pinang bernama Che Mah binti Husin. Kebanyakan penulis dan pengkaji seniman ini mencatatkan tarikh lahir P.Ramlee pada 22 Mac 1929.
Tarikh lahir sebenar P.Ramlee masih menjadi tanda tanya. Ini adalah kerana apabila kita mengkaji sepadanan tarikh masihi dan tarikh hijrah, tanggal 22 Mac 1929 itu sebenarnya tidak jatuh atau tidak bersamaan dengan 1 Syawal.
Mengenai tarikh lahir ini sahabat P.Ramlee, Dato’ Jamil Sulong menceritakan, “ Sebagai pengarah di Studio Jalan Ampas, bilik Ramlee terletak bersebelahan dengan bilik saya. Kami sering kunjung mengunjung untuk berbual-bual mengenai filem dan lain-lain. Secara kebetulan Ramlee dan saya ada mengambil insurans melalui ejen yang sama iaitu AIA. Pada hari Ramlee berkemas-kemas di biliknya di pejabat Studio Shaw Brothers di Jalan Ampas, Singapura pada pertengahan bulan April 1964 untuk berhijrah ke Kuala Lumpur, saya telah masuk berjumpa dengan Ramlee. Semasa di bilik itu, saya terpandang sijil insurans dan sekeping salinan cabutan surat beranak yang diterimanya. Memikirkan kami akan berpisah dan entah bila akan bertemu semula, saya meminta membuat salinan fotokopi salinan sijil insurans dan salinan cabutan surat beranaknya itu.”
“Salinan surat beranak itu telah saya serahkan kepada Pustaka Peringatan P.Ramlee sewaktu dalam penajaannya dahulu. Dari salinan surat beranak tersebut saya dapati bahawa orang yang bertanggjungjawab melaporkan kelahiran Ramlee bernama Hoosain. Beliau melaporkan hal itu selepas 5 hari Ramlee dilahirkan, iaitu pada 27 Mac 1929. Hoosain tidak diberi hak kebenaran mendaftarkan nama Ramlee maka pegawai pendaftaran menulis di borang itu sebagai “anak ini belum dinamakan”. Hanya pada 26.3.1960 barulah ditulis RAMLI BIN PUTEH pada sijil surat kelahiran itu. Sayang sekali kalau surat pendaftaran kelahiran ini hanya berupa seperti ini, rekod nama Ramlee yang sebenar Teuku Zakaria tiada langsung malah nama bapanya Teuku Nyak Puteh pun tidak dicatatkan. Perhatikan juga dalam salinan sijil pendaftaran kelahiran tersebut, berlaku kesilapan menulis nombor tahun dan tandatangan pegawai pendaftar yang membetulkan nombor tahun tersebut. Pada awalnya beliau menulis tahun 1925, kemudian tahun 1927 dan akhirnya di tukar kepada tahun 1929. Adakah pegawai pendaftaran itu tersilap? Atau tidak dapat kepastian mengenai tarikh/tahun sebenar Ramlee dilahirkan dari orang yang melaporkan? Sewaktu Ramlee mula-mula membuat permohonan polisi insurans tersebut, beliau memberikan tarikh lahirnya pada 22 Mac 1927 apabila salinan cabutan sijil kelahiran nombor 633113, maka di bawah sijil polisi insurans itu dimasukkan tarikh 22 Mac 1929 sebagai tarikh lahir Ramlee.”
Sewaktu masih kecil Teuku Zakaria yang dipeliharan ibubapanya Che Mah dan Nyak Puteh mengalami sedikit masalah. Dalam sesetengah masyarakat melayu, jika sekiranya anak kecil sering demam dan sakit mereka percaya bahawa nama yang diberikan kepada bayi sewaktu lahir tidak sesuai. Jadi untuk menghilangkan masalah sakit yang berulangan maka satu cara untuk mengatasinya ialah dengan menukarkan nama yang telah diberikan kepada bayi tersebut kepada nama lain. Masyarakat Melayu dulu-dulu juga percaya bayi itu mesti diserahkan kepada satu keluarga angkat untuk dipelihara bagi satu tempoh waktu untuk menghilangkan badi penyakit tersebut. Demikianlah halnya dengan Teuku Zakaria. Beliau kemudiannya telah diserahkan kepada sebuah keluarga angkat disebelah ibunya dan namanya telah ditukarkan kepada nama Ramlee.
Setelah tamat pantang, ibu dan bapa P.Ramlee telah berpindah rumah kuarters Estern Smelting iaitu di alamat 25A Jalan Timah, Kampung Jawa Pulau Pinang kerana pada waktu itu Nyak Puteh telah mendapat kerja sebagai peon di kilang melebur bijih timah. Tempat tinggal pekerja yang dihuni oleh Nyak Puteh bersama isterinya Che Mah dan anaknya ini, asalnya adalah merupakan kuarters papan satu tingkat yang kemudiannya dirobohkan dan diganti dengan kuarters batu bata empat tingkat pada tahun 60-an. Semasa pemerintahan Tentera Jepun, P.Ramlee ikut berkerja bersama-sama bapanya di kilang melebur biji timah ini buat beberapa waktu sebelum beliau berhijrah ke Singapura untuk menerima tawaran kerja sebagai penyanyi latar bagi filem-filem di Studio Jalan Ampas pada 8 Ogos 1948.
Ramlee mendapat pendidikan rendah di sebuah sekolah yang berhampiran dengan rumahnya iaitu Sekolah Melayu Kampung Jawa yang kini masih wujud. Di waktu petang Ramlee belajar agama dengan bekas kadi Georgetown Ustaz Sheikh Ahmad Baladram. Bapa Ramlee seorang yang tegas dalam soal agama dan Ramlee telah dididk untuk menjaga solat lima waktu. Semasa diperingkat rendah Ramlee menunjukkan minat yang tinggi untuk belajar, beliau telah menggesa bapanya untuk mengantarkannya ke sekolah walaupun belum cukup umur.
Dalam tahun 1939, Ramlee melanjutkan pelajaran ke Sekolah Francis Light. Sekolah Francis Light ketika itu merupakan Sekolah Inggeris terulung di Pulau Pinang dan masih wujud sebagai sekolah rendah kebangsaan pada masa kini. Semasa bersekolah di Sekolah Francis Light, perwatakan Ramlee mulai berubah, beliau mula terpengaruh dengan sikap nakal kawan-kawannya yang kebanyakkan terdiri dari keluarga yang berpendapatan rendah. Di sinilah minatnya dalam bidang nyanyian dan lakonan mula kelihatan. Ramlee belajar di Sekolah Francis Light ini sehingga tercetusnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1941.
Semasa pendudukan Jepun, sepertimana penduduk Pulau Pinang yang lain, hidup di bawah tentera Jepun bukanlah mudah. Pada peringkat awalnya Ramlee ikut sama bekerja menjadi peon di Eastern Smelting di tempat bapanya bekerja dan menjadi jurubahasa sambilan kepada majikannya Keran bimbang ditangkap dan dihantar sebagai buruh keretapi maut, Ramlee mengambil keputusan menyertai Sekolah Tentera Laut Jepun yang dinamakan Kaigun Gakko. Di sekolah ini bukan sahaja dapat menunjukkan pencapain akademik yang cemerlang malah berpeluang untuk belajar muzik biarpun masih berperangai nakal dan suka ponteng sekolah. Guru muziknya Hirahe San mengajar Ramlee bermain piano, biola dan ukelele. Di Sekolah Latihan Angkatan Laut ini juga Ramlee menjadi guru bagi rekrut pelatih yang baru dan sebagai Kyuco kadet sehingga Jepun menyerah kalah. Ramlee juga diberi peluang menyertai konsert-konsert yang diadakan oleh tentera Jepun. Sewaktu berada di Sekolah Angkatan Laut Jepun inilah Ramlee berkenalan dengan Sukardi yang kemudian menjadi sahabat karibnya yang sama-sama ikut serta dalam pancaragam dan juga sama-sama ikut berhijrah ke Singapura untuk menerima tawaran kerja di Studio Jalan Ampas.
Selepas Jepun menyerah kalah dan tamat perang pada tahun 1945, Ramlee menyambung pengajian akademiknya di Sekolah Penang Free School, sekoilah elit yang terulung di Pulau Pinang sehingga kini. Ramlee belajar di Penang Free School sehingga Standard 7 ( bersamaan Tingkatan 3 sekarang ini). Berabnding dengan semasa di sekolah rendah, prestasi akademiknya di peringkat sekolah menengah hanyalah sederhana. Namun tahap keupayaan dalam mata pelajaran bahasa Melayu adalah cemerlang. Ramlee mendapat markah tertinggi di Pulau Pinang dalam subjek ini pada peperiksaan akhir Standard 7 pada tahun 1947. Prestasi keseluruhannya adalah menurun disebabkan kegiatannya yang sangat aktif dalam nyanyian. Rakan-rakan sekolahnya memberitahu bahawa ketika itu adalah “a part-time student, a full-time star” bermaksud pelajar separuh masa dan seniman sepenuh masa sama seperti yang terjadi dalam filem Masam-Masam Manis “. Selain matapelajaran Bahasa Melayu, Ramlee juga cemerlang dalam matapelajaran lukisan. Bahasa Melayunya sentiasa mendapat pujian dan hadiah yang menjadi penawar hati guru-gurunya yang jengkel kerana kelemahannya dalam matapelajaran yang lain selain dari kenakalannya yang suka ponteng sekolah. Dalam bahasa Jepun, Ramlee dapat menguasai bahasa itu dalam masa yang singkat sehingga membolehkannya menjadi jurubahasa dan menyanyi lagu-lagu Jepun dengan lancar dan fasih. Pelncapaian bahasa Inggerisnya juga agak baik walaupun beliau bukannya seorang yang suka membaca buku. Satu-satunya novel yang pernah dibacanya mengikut cerita dari seorang temannya ialah Athens karya Achdiat K. Miharja. Namun demikian Ramlee adalah seorang pemerhati yang teliti dan bercita-cita besar. Ramlee suka mencari perubahan dalam kerja-kerja yang dilakukannya seperti menyanyi sampai di hadapan pengantin yang sedang bersanding ketika persembahan kumpulan pancaragam yang disertainya. Perbuatan sebegini belum pernah dibuat orang.
Semasa terlibat dalam kumpulan pancaragam di Pulau Pinang, Ramlee tidak hanya sekadar mahu bersuka-suka bermain muzik dan menyanyi tetapi beliau mempunyai cita-cita yang terpendam di dalam hatinya. Beliau mahu menjadi pemuzik yang terbaik, penyanyi yang terkenal dan pemimpin pancaragam. Berkat usahanya yang bersungguh-sungguh, belajar dan berlatih dengan cita-cita yang tak pernah padam, maka akhirnya Ramlee keluar sebagai Bintang Penyanyi Utara Malaya tempat Ketiga pada tahun 1945. Beliau masih belum berpuas hati. Tahun berikutnya dicubanya lagi dan kali ini beliau mendapat tempat kedua. Pada kali ketika dalam pertandingan nyanyian tahun 1947 beliau telah berjaya menjadi juara dalam pertandingan tersebut.
Dalam pancaragam yang disertainya, Ramlee cuba mencari perubahan untuk memajukan dirinya dalam bidang muzik. Dari Kumpulan Teruna Sekampung bersama-sama Sukardi, beliau bergabung dengan Pancaragam Mutiara yang bermain muzik di sebuah restoran di Butterworth. Sewaktu diadakan pertandingan keroncong seluruh Pulau Pinang dan Seberang Perai Ramlee berpindah ke Pancaragam Keroncong Pemuda Indonesia sebagai pemain biola utama. Melalui lagu Keroncong Oh Suci yang dinyanyikannya pancaragam ini telah keluar sebagai juara dalam pertandingan yang diadakan. Itulah cita-cita pada peringkat pertama.
Setelah tamatnya perang yakni masa remaja P.Ramlee, kerana keadaan masih belum stabil boleh dikatakan hampir kebanyakan murid yang datang ke sekolah nakal-nakal belaka, bukan saja malas tetapi bodoh. Jika kedatangan ada 15 hari dalam sebulan itu sudah dikira satu rekod yang baik. P.Ramlee seorang remaja yang keras hati, suka memonteng sekolah dan tidur di dalam kelas. Beliau suka menarik perhatian guru dan kawan-kawannya dengan kenakalannya itu.
Peribadi Ramlee Semasa Remaja.
Mengaji Al-Qur’an.
Selepas sekolah, Ramlee belajar mengaji dengan guru agama bernama Mak Minah Kasar. Ramlee merupakan seorang yang pandai mengaji Al-Qur’an. Suaranya yang lunak membuatkan orang tertarik mendengar bacaannya. Ramlee akan ikut mengaji sehingga lewat malam.

Seni Lakonan
Lepas mengaji, Ramlee selalu berlatih berlakon di padang berhampiran rumahnya. Adegan-adegan yang digemari seperti Hang Tuah, Robih Hood, Mark Of Zorro, Sea Hawk, Captain Blood dan Tarzan adalah karektor-karektor adalah lakonan-lakonan yang sering dilakukan oleh Ramlee dalam permainan altihan lakonan bersama kawan-kawannya. Beliaulah yang selalunya menjadi ‘hero’ dan kawan-kawannya yang lain menjadi ‘Pak Penyangak’ saja. Pelakon-pelakon filem yang menjadi inspirasinya ialah Errol Flynn, Tyrone Power dan Johnny Weismuller. Ramlee kadang-kadang pergi melepak dan bergayut di bawah pohon ceremai di depan rumah no 25A Kampung Jawa Baru ( rumah ‘master’ Ibrahim Zain, sahabat karib Ramlee sejak kecil dan sama sekolah dengannya.

Sukan
Permainan sukan yang digemari Ramlee adalah bola sepak dan sepak takraw. Ramlee pernah mewakili Pasukan Bolasepak Rumah ‘Pinhorn’ di Sekolah Penang Free School. Ramlee menjadi penjaga gol. Antara rakan sepasukannya adalah Y.M Tengku Ahmad Rithauddeen, Dato’ Zulkifli Ali dan Dato’ Eddy Choong (bekas pemimpin Badminton Negara). Ramlee pernah mewakili Pasukan Kampung Jawa ke Peratandingan Persahabatan di Pasir Gebu, Butterworth. Dalam perlawanan-perlawanan di Butterworth, beliaulah yang menjadi hero. Pernah dipijak semasa menjaga gawang (gol).
Dalam perlawanan sepak takraw, Ramlee sering bermain sebagai apit kiri. Bila bermain, mesti ‘lipat tuala’ di dahinya dan mutu permainannya cukup baik, kerapkali menjadi ‘killer’. “Master” Ibrahim zain menjadi apit kanan dan tekongnya Mat Panjang. Nama regu in dipanggil ‘Sambarcas”. Tabiat Ramlee, beliau hanya datang bermain bila gelanggang sudah siap, tidak pernah sekali datang memasang jala atau menyapu gelanggang. “Bossy Type” .
Dunia Muzik
Semasa kecil, bapa Ramlee pernah membelikannya sebuah mendolin gitar dan sebuah violin. Dengan gitar dan violin ini, Ramlee berlatih bermain muzik di rumah 25A Kampung Jawa Baru. Di atas tangga rumah inilah pada suatu hari Ramlee telah mencipta lagu ‘Azizah’ dan’Mee Jawa’’. Semasa bermain dengan Pancaragam Rangkaian Melati tahun 1946, Ramlee mengambil bahagian dalam pertandingan nyanyian lagu keroncong dan mendapat tempat kedua (naib johan) dengan lagu keroncong gubahannya.
Pada awal tahun 1947, Ramlee menganggotai pancaragam Coronation Amateur Party yang kemudainnya diubah nama kepada Pancaragam Teruna Sekampung. Di waktu inilah, Ramlee mula menunjukkan peningkatan bidang seni muziknya dengan bimbingan pemimpin pancaragam Mohd Zain bin Kechik. Berhasrat untuk meningkatkan lagi prestasinya, Ramlee bergabung pula dengan Pancaragam Mustika di Butterworth. Pada setiap malam Sabtu, Ramlee bersama-sama dengan Master Ibrahim akan naik frei untuk pergi berlatih bersama pancaragam itu di Butterworth.
Lagu ‘Azizah’ yang dipersembahkan Ramlee dengan iringan Pancaragam Mustika ketika pertunjukan Pertanian Melayu Di Butterworth Pulau Pinang pada 1 Ogos 1948 ( * 31 Julai 1948) mendapat sambutan yang menggalakkan di seluruh rantau Melayu. Dari situlah Ramlee mendapat tawaran menjadi penyanyi latar untuk filem-filem Malay Film Productions (MFP), Studio Jalan Ampas di Singapura.
Latar Belakang Keluarga Yang Sederhana
Sebenarnya Ramlee datang dari keluarga yang sederhana. Bapa Ramlee, selepas menjadi pelaut antarabangsa, bekerja sebagai peon di kilang bijih timah. Semasa mahu memasuki pertandingan nyanyian, Ramlee terpaksa meminjam sepasang lagu atau memakai sepasang baju yang baru yang ditempah oleh kawan-kawannya ( sama seperti dalam adegan dalam Filem Anakku Sazali). Ketika hendak menerima tawaran kerja di Studio Jalan Ampas, kawan-kawannyalah yang membanrtunya dalam soal pakaian. Ibubapa Ramlee sangat terkilan ketika hendak melepaskan Ramlee kerana takut dunia muzik tidak dapat menjamin masa depannya dan meminta kawan-kawan Ramlee memujuknya supaya tidak ke sana, namun azam anak muda ini terlalu kental.
Pergaulan
Semasa hayatnya, Ramlee adalah seorang yang berperibadian mulia dan bertatasusila tinggi. Beliau sangat menghormati guru-gurunya sungguhpun ada kenakalan semasa belajar., menghormati orang-orang tua, pemimpin, rakan-rakan, tidak kira buruh, penarik beca mahupun aci jual bawang. Semuanya dianggap Ramlee senagai kawan rapat. Salah seorang daripada gurunya yang menjadi kawan rapatnya ialah Cikgu Mohd Noor Ishak ( Allahyarham Cikgu Mohd Noor Tarzan) yang mesti ditemui Ramlee jika melawat Pulau Pinang. Allahyarham Cikgu Mohd Noor Ishak adalah guru Ramlee semasa bersekolah di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan dialah yang menjadi penghubung (penjinak) untuk membawa Ramlee mengadakan persembahan tiap-tiap tahun di Pesta UMNO Pulau Pinang di tahun-tahun 60-an dan 70-an.
Ramlee seorang yang tidak malu untuk mendapatkan sesuatu agar cita-citanya tercapai. Beliau akan menangis seperti anak kecil apabila kawan-kawannya dalam pancaragam di Pulau Pinang terlupa untuk mengajaknya ikut bersama dalam persembahan di majlis-majlis perkahwinan. Pada masa itu beliau belum lagi tahu bermain alat-alat muzik. Beliau hanya mahu melibatkan dirinya dalam aktiviti pancaragam yang disertainya walaupun hanya sebagai tukang angkat alat-alat pancaragam. Dengan hanya bertindak sebagai tukang angkat alat-alat muzik, Ramlee sudah merasakan dirinya seolah-olah sudah bermain muzik. Ramlee hanya dapat dan tahu bermain alat-alat muzik seperti piano, biola dan ukelele setelah berguru dengan Hirahe San ketika beliau mengikut Sekolah Angkatan Tentera Laut Jepun. Sejak daripada itu, tiap-tiap malam kemana saja beliau pergi dibawanya biola bersama-samanya.

SALSILAH KETURUNAN P.RAMLEE




TUEKU Banteung adalah salah seorang pahlawan yang turut serta dalam peperangan Aceh melawan tentera Belanda yang tercetus hampir 40 tahun iaitu dari tahun 1872-1938 di Indonesia. Dalam peperangan tersebut Tgk. Banteung telah berjuang bersama-sama adiknya yang kemudiannya telah gugur syahid dalam peperangan tersebut.
Setelah kematian adiknya yang syahid itu, Tgk. Banteung akhirnya mengambil keputusan untuk menetap di Pasai dan telah berkahwin dengan seorang gadis tempatan di sana. Pada tahun 1887 lahirlah anak lelaki pertama yang diberi nama Teuku Karim.
Setelah Teuku Nyak Karim dewasa, beliau berkahwin dengan Chatijah di Kampung Pineung Kacamatan Muara Dua Cunda iaitu sebuah perkampungan yang terletak kira-kira 4 km dari Bandar Lhoseumawe. Dari perkhwinan ini, pada tahun 1910 lahirlah anak pertama mereka yang diberi nama Teuku Nyak Puteh. Selepas anak yang pertama ini, lahirlah pula 7 adik beradik Nyak Puteh yang lain diberi nama Teuku Ishaq, Abdullah, Tahir, Syariah, Mohd Ali dan Maun.
Selain Chatijah, Teuku Nyak Karim juga mempunyai 3 orang isteri yang lain, tetapi anak-anaknya yang lahir dari hubungan dengan isteri-isteri yang lain itu sudah meninggal dunia. Teuku Nyak Putih sejak dari zaman remaja sudah mempunyai bakat menyanyi dengan suara yang sangat merdu, disamping rupanya yang cantik sehingga orang-orang memanggilnya dengan panggilan Nyak Puteh Dhiet ( yang bermaksud cantik rupawan). Ketika berusia 12 tahun, Nyak Puteh telah memasuki sebuah kumpulan tarian iaitu Kumpulan Rapai Pulot di Chunda. Puteh dapart menunjukan gerak tarina yang berbakat dan telah diberi peranan sebagai penari utama kumpulan tersebut.
Rapai Pulut mempunyai 15 orang penari lelaki dan 5 orang pemukul gendang rapai. Puteh dalam gerak tarinya berupaya memutar-mutarkan badannya dengan kepada di bawah dan mampu melipat kakinya ke bawah kepala seperti pemain akrobatik.
Kumpulan Tari yang diserta Puteh lazimnya akan memenagi pertandingan yang diadakan. Pada suatu ketika Kumpulan Tari Rapai Pulot telah tewas dan ini telah menyebabkan Puteh meraa begitu malu dan bersalah lalu menarik diri dari kumpulan tersebut.
Pada waktu tersebut, Aceh dan Tanah Melayu mempunyai hubungan perdagangan yang luas iaitu melalui darat Aceh seperti pelabuhan Free Port Subang, Lhokseumawe, Ulee Lheu, Sigli dan Langsa dengan bandar-bandar seperti Pulau Pinang, Ipoh, Melaka dan Kedah. Cukup ramai pdara dagang sangteri berulang alik membawa barang dagangan hasil tanaman dan bumi dengan kapal-kapal besar dan kecil.
Banyak pedagang Aceh datang dan pergi membawa barang-barang dan bekerja di kapal dan merantau ke Semenanjung Tanah Melayu bahkan ada yang menetap di sana. Hubungan erat ini ada kaitan dengan sejarah, socail dan agama sebagai bangsa serumpun.
Nyak Puteh turut pula merantau dengan bekerja di kapal yang membawa barang dari Lhokseumawe ke Pulau Pinang sehingga beliau dan mahir dalam ilmu pelayaran. Dengan pengalaman dan ilmu perkapalan yang diperolehi ini, Puteh telah diangkat menjadi Nakhoda Kapal. Akhirnya Puteh mengambil keputusan untuk menetap di Tanah Melayu dan tinggal di negeri Pulau Pinang. Pada tahun 1925 Puteh berkahwin dengan seorang perempuan tempatan yang berasal dari Kubang Buaya, Butterworth bernama Che Mah Husin. Che Mah Husin merupakan seorang janda beranak satu mempunyai seorang anak lelaki. Dia ditinggalkan suaminya seorang keturunan Arab.
Selepas berkahwin. pasangan ini kemudiannya menetap di 40A Jalan Counter Hall, Pulau Pinang. Hasil dari perkahwinan tesebut, empat tahun kemudian, pada hari Rabu 22 Mac 1929, di pagi Hari Raya Aidilfitri ketika khatib sedang membaca khutbah di Masjid Counter Hall, Pulau Pinang lahirlah anak pertama pasangan suami isteri ini lalu diberi nama Teuku Zakaria yang akhirnya hingga ke hari ini dikenali sebagai P.Ramlee.

P.Ramlee - Seniman Legenda Sepanjang Zaman




GELARAN Seniman Agung kepada P.Ramlee lahir dan tercetus daripada masyarakat massa iaitu daripada rakyat jelata sendiri. Gelaran itu bukanlah satu anugerah mahupun pengiktirafan secara rasmi dari negara seperti Bintang Kebesaran Ahli Mangku Negara (AMN) atau Anugerah Tan Sri yang telah dikurniakan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agung pada tahun 1990 kepadanya melalui anak beliau Nasir P.Ramlee, setelah 17 tahun bersemadi di alam baqa. Kesenimanan P.Ramlee perlu dilihat dari pelbagai sudut kerana beliau terbabit dalam beberapa cabang seni. Maka ketokohan beliau mesti dinilai dalam aspek yang luas.

Bagi mewajarkan gelaran Seniman Agung ini, kita perlu meletakkan P.Ramlee di tengah-tengah para seniman yang lain - bukan sekadar di peringkat nasional dan Asia, malah menjangkau menembusi alam nusantara menerjah ke Benua Eropah dan seluruh dunia antarabangsa - Hollywood & Bollywood.

Dua perkara penting perlu diberikan penegasan untuk menjustifikasikan gelaran Seniman Agung itu terhadap P.Ramlee iaitu:-
1. P.Ramlee tidak pernah menjejakkan kaki ke mana-mana institiusi perfileman mahupun muzik. P.Ramlee menjadi penyanyi kesukaan ramai dan pengarah filem bukan kerana beliau mempunyai diploma atau ijazah kepujiaan dari mana-mana badan pendidikan yang diiktiraf tetapi atas daya usaha gigih beliau, P.Ramlee membina kematangan dalam berkraya dengan belajar dari pengalaman.

2. Di kemuncak zaman kegemilangannya menghasilkan filem pada tahun 1955 (Penarik Beca) hingga 1963 (Tiga Abdul), tiada peralatan yang sempurna dan teknologi canggih yang digunakan P.Ramlee. Mengikut sahabat seperjuangannya, Jamil Sulong, - untuk semua filem yang diarahkan P.Ramlee bermula dari Penarik Beca hinggalah kepada Filem Tiga Abdul , P.Ramlee hanya menggunakan hanya sebuah kamera sahaja dalam menghasilkan filem-filem arahannya. Dengan justifikasi-justifikasi di atas, adalah wajar beliau dilihat sebagai seniman serba boleh biarpun masyarakat sesudahnya masih mempertikaikan ketokohan P.Ramlee sebagai insan seni yang digelar Seniman Agung.

Streaming Lagu-Lagu Nyanyian Tan Sri P.Ramlee ( Solo & Duet) - Volume : 02

Sila klik pada tajuk setiap lagu jika ingin mendengar lagu secara berasingan dengan lirik. Jika ingin mendengar semua lagu berterusan sila klik butang PLAY pada Player di bawah.

1.
Selamat Berbahagia Wahai Kekasih (Muzik P.Ramlee, Lirik H M Rohaizad)
2.
Makan Sireh Di Semerah Padi ( Muzik P.Ramlee, Lirik S Sudarmaji, Filem Semerah Padi, 1956)
3.
Apek Dan Marjina ( Muzik P.Ramlee, Lirik S Sudarmaji, Filem Alibaba Bujang Lapok, 1961)
4.
Jangan Adik Angan Angan ( Muzik P.Ramlee, Lirik S Sudarmaji, Filem Musang Berjanggut, 1959)
5.
Joget Si Pinang Muda ( Muzik P.Ramlee, Lirik Jamil Sulong, Filem Anakku Sazali, 1956)
6.
Joget Tari Melenggang ( Muzik P.Ramlee, Lirik Jamil Sulong, Filem Hang Tuah, 1956)
7.
Cik Cik Keboom ( Muzik P.Ramlee, Lirik S Sudarmaji, Penyanyi Saloma, Saudagar Minyak Urat, 1959)
8.
Itulah Sayang ( Muzik P.Ramlee, Lirik Jamil Sulong, Filem Anakku Sazali, 1956)
9.
Sungguh Malangnya Nasibku ( Muzik P.Ramlee, Lirik H M Rohaizad, Filem Perjodohan, 1954)
10.
Mengapa Tak Berkawan ( Muzik P.Ramlee, Lirik P.Ramlee, Si Tora Harimau Jadian, 1964)
11.
Penawar Hati ( Muzik Osman Ahmad, Lirik S Sudarmaji, Penyanyi P.Ramlee & Lena, Aloha, 1950)
12.
Sejakku Bertemu Padamu ( Muzik P.Ramlee, Lirik S Sudarmaji, Penyanyi Saloma, Filem Empat Isteri, 1955

Tuesday 4 August 2009

'SAYA TIDAK SENGAJA' oleh Serimah Mohd Sallehuddin (Dipetik dari Beritaharian pada Selasa 4 Julai 2009)


TINDAKAN spontan Nabil memeluk buah hatinya, Irma Hasmie tatkala namanya diumum Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008, Ahad lalu, menjadi isu yang hangat dipersoalkan peminatnya.Tidak sampai beberapa saat menjulang kejayaan, Nabil hampir mencalarkan nama baiknya sendiri. Ada yang tidak kisah dengan tindakannya itu, namun ramai juga yang tidak gemar dengan gelagat spontan yang bagi mereka melanggar batas agama.Akibat kontroversi kecil itu, awal pagi Isnin lalu telefon bimbit anak muda berusia 26 tahun ini tidak henti-henti dihujani panggilan telefon daripada media yang mahukan penjelasan mengenai tindakan yang disifatkan tuan punya badan sebagai aksi spontan kerana terlalu gembira dek kemenangan besar yang tidak disangka-sangkanya itu.Bintang Paling Popular yang turut menerima anugerah Artis Baru Lelaki Popular dan Artis Komedi Lelaki Popular itu berkata, perkara itu berlaku dengan tidak sengaja. Namun, dia tidak pernah menyesal dengan tindakannya itu.“Saya peluk semua yang ada berhampiran saya. Ia berlaku secara spontan kerana saya terlalu terkejut dan gembira dengan kemenangan besar pada malam itu. Saya harap isu ini tidak diperbesarkan lagi kerana saya memeluk Irma ibaratnya tidak sampai satu kerlipan mata pun.“Saya minta maaf kepada peminat jika mereka merasakan tindakan itu sebagai keterlaluan pada pandangan mereka. Tindakan itu berlaku secara spontan kerana orang yang saya peluk adalah orang yang saya sayang. “Saya tidak menyesal memeluk dia kerana Irma tempat saya mengadu dan berkongsi pelbagai perkara suka dan duka“Cuma apa yang membuat saya tertanya, kenapa isu itu hendak diperbesar-besarkan. Bagaimana pula dengan pelakon yang melakonkan adegan berpelukan? Namun, saya mengaku kesilapan saya dan berjanji untuk tidak mengulanginya lagi,” kata Nabil berkali-kali memohon kemaafan daripada peminat."Sudah peluk, kenalah kahwin cepat"KATA Nabil, bukan saja peminat yang terkejut dengan keterlanjurannya memeluk Irma, tetapi juga keluarganya. Malah teguran pertama yang diterima adalah daripada ibunya sendiri ketika dia menelefon keluarga untuk berkongsi kegembiraan. Bagaimanapun, kata Nabil, ibunya seorang yang terbuka dan menegur sikapnya itu dengan cara berlawak.“Mak adalah orang pertama yang menegur tindakan saya itu. Dia kata, dah peluk anak dara orang kenalah kahwin cepat-cepat. Keluarga tahu hubungan kami dan mereka merestui.“Saya sedar saya sudah menyinggung hati banyak pihak, terutama peminat yang seusia dengan ibu saya. Saya benar-benar memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perkara itu lagi. Peminat yang berusia mungkin tidak dapat menerima adegan peluk itu dan saya betul-betul rasa bersalah kepada mereka yang bersusah payah memangkah nama saya.“Tetapi peminat seusia mungkin menganggap perkara itu biasa. Ada juga rakan-rakan menghantar SMS menyatakan mereka tidak menganggap isu itu sesuatu yang besar. Bahkan ada juga nombor yang saya tidak kenali menyatakan mereka suka melihat kami berdua,” kata Nabil yang masih sempat berseloroh.Nabil yang berjanji tidak akan mengulangi kesilapan serupa berharap peminat akan terus memberinya ruang dan peluang. Masih sempat berlawak walaupun dirinya ditimpa kontroversi, kata anak muda itu, jika peminat mahu melihat sama ada dia akan mengulangi perkara sama atau tidak, mereka harus mengundinya lagi tahun depan.“Debaran yang saya rasakan malam itu 17 kali ganda lebih hebat daripada Raja Lawak. Mungkin sebab itu saya tidak sedar dengan tindak-tanduk saya, termasuklah terlupa mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Berita Harian serta rakan-rakan wartawan yang selama ini banyak menyokong kerjaya saya.“Saya berterima kasih kepada media kerana menyokong dan sentiasa positif dengan tulisan mereka terhadap saya. Saya juga berterima kasih kepada peminat, saya tidak sangka walaupun baru setahun dalam industri ini, saya sudah mendapat kepercayaan mereka. Peminat sekarang ternyata lebih bijak menilai antara bakat dan juga rupa seseorang artis,” katanya.